Dalam aksi di antara Manchester United menentang Borussia Dortmund pada aksi persahabatan semalam, Andrey Onana dilihat sempat berang dengan Harry Maguire.

Insiden itu menarik perhatian dunia. Di mana Onana terdedah kepada situasi 1 vs 1 dengan Sebastian Haller gara gara pertahanan lemah Maguire.

https://twitter.com/i/status/1685926522350174208

Onana meluru ke arah Maguire dan memarahinya. Dia ternyata tidak berpuas hati dengan cara permainan bekas kapten United itu.

Selepas tamat perlawanan, Onana menjelaskan bahawa itu perkara biasa dia lakukan. Kerana dia seorang yang cerewet.

Onana memuji Harry Maguire sebagai pemain yang hebat. Cuma itu sebahagian daripada cara dia berkomunikasi.

“Saya cuba berkomunikasi sebanyak mungkin dengan pemain lain. Saya tahu Maguire pemain yang bagus, dia salah seorang kapten dalam pasukan ini. Itu perkara yang besar.”

“Dia pemain yang bagus ketika mengawal bola, jadi saya nak demand lebih banyak daripadanya. Dia bagus dan insan yang baik.”

“Hubungan kami sangat rapat. Saya harus bersedia dan bercakap dengannya sebab saya memang cerewet orangnya.”

“Bermula dari saya, saya harus bersama sama dengan pasukan untuk melakukan tugasan dan saya tahu kesilapan itu akan hadir. Namun kita tak sepatutnya takut untuk melakukan kesilapan.”

“Ini sebahagian daripada kehidupan kita dan kita belajar daripada kesilapan.”

“Oleh itu, kita harus bersikap kritikal ke atas diri sendiri. Jika kami mahukan kejayaan, kami harus ‘demand’ banyak.”

“Saya seorang yang sangat ‘demand’ kerana mereka pun melakukan perkara yang sama tanda mereka percayakan saya [boleh melakukan lebih baik lagi].”

“Rakan sepasukan saya menghantar banyak bola kepada saya. Jadi saya harus memberikan mereka keyakinan. Saya turut mahukan mereka menghantar bola itu kerana saya nak naikkan keyakinan saya.”

“Saya cerewet menuntut lebih banyak daripada mereka kerana mereka ini semua pemain yang hebat. Sekarang ini, ianya penghormatan sangat besar dapat berkawal di belakang pemain pemain pertahanan ini.”

“Dengan adanya [Lisandro] Martinez, Harry [Maguire], mereka melakukan aksi hebat. Mereka pemain penting untuk kelab.”

“Saya gembira menjadi sebahagian pasukan ini dan bermain dengan mereka semua adalah perkara yang hebat. Kita pandang ke hadapan.”